Thursday, April 28, 2011

SHOOTING DOKUMENTARI SYAHADAH MUSIM 7

Tahun ni...Doku Syahadah shooting di Kelantan

Tadika Tengku Anis di Kota Bahru, Kelantan

Para Pelajar Pondok Moden di Bachok, Kelantan...para pelajar menggunakan kitab-kitab bahasa arab   yang lama dari Mesir...semua palajar  lepasan dari sini akan menyambung pelajaran di Syria, Jordan ,Mesir, Arab dll di timur tengah....bakal jadi imam dan lain-lain...sangat fasih berbahasa arab dan hafaz Quran...pelajar datang dari seluruh Malaysia...ada macam-macam aktivti di sini..termasuk  pertanian,  berkebun dan askar 

guna jimmy jip di muzium islam..dulunya adalah sekolah majlis...sekolah pertama di Kelantan



Bersama ustaz Lokan..bapa bob lokman..Ustaz Lokman adalah cucu kepada Tok Kenali...Ulama tersohor di Nusantara....terlalu hebat Tok Kenali ni....yang lain-lain tu group Bikers Kelantan...salah seorang bikers ni adalah cucucicit Tok Kenal...di Belakang adalah Masjid Tok Kenali

guna jimmy jip jugak di Taman Tamadun Islam Terengganu

Taj Mahal...salah satu dari 22 monumen yang terdapat di Taman Tamadun Islam

Di belakang masjid di Pakistan dan kubah emas tu Kubbah As Sakhrah, Baitul Muqaddis , Palestin

dalam Kubbah As- Sakharah, Baitul Muqqaddis, Palestin..dibelakang saya ialah batu tergantung...batu yang Nabi pijak untuk naik kelangit masa Israk Mikraj...batu tu nak  ikut nabi naik kelangit tapi..Malaikat Jibrail tahan tak bagi naik...batu tu tergantung 10 kaki...batu tu besarnya 4 kali ganda dari yag ada di sini..,,insyaallah kalau diizinkan   nak jugak tengok yang betul di Palestin......

Masjid Kristal... kristal ada kat bahagian atas 4 kubah sahaja...

berbasikal ...bayaran  RM5 untuk 1 jam..tak larat jalan...ada 22 monumen nak tengok...kru jalan kaki....



guna jimmy jip lagi...nak shoot matahari terbenam...

pelajar tadika yayasan Islam Terengganu....6 tahun dah khatam quran

bintang kecil Ulul Albab

6 tahun dah hafal surah yasin dengan terjemahan sekali....


hebat-hebat,,,kanak-kanak ni....

Wednesday, April 27, 2011

menu istimewa sepanjang shooting doku syahadah 2011

Penggambaran Dokumentari Syahadah Musim ke 7 tahun ini di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Semasa di Kelantan....antara menu istimewa

ini nasi tumpang.....di Kelantan ada nasi kerabu,nasi dagang, nasi air, nasi kukus, nasi minyak dan lain-lain..... masa festival makanan di Kelantan  tahun lepas ada 100 jenis nasi di Kelantan.   


Nasi ni dinamakan nasi tumpang kerana ada lauk.-lauk lain menumpang dalam nasi ni..
nasi ni dimasak macam nasi impit dan dimasukkan dalam daun pisang..  nasi ni tahan lama dan pada zaman dahulu  nasi ni, dibawa sebagai bekal dalam perjalanan atau bekal untuk nelayan....... 



nasi ni..lembut...ada isi ikan atau udang dan serunding..sedap dan memang mengenyangkan

ini pula..puding raja..memang sedap sangat..tak manis... bawah sekali ada pisang emas ..bahagian tengah tepung dan atas sekali telur kuning, gajus dan buah ceri....memang sedaaaappp.. nasi tumpanng dan puding raja ni adalah hidangan semasa buat temuramah dengan Mufti Kelantan di rumah beliau.

yang ni pula.. hidangan makan tengahari semasa shooting di Kampung Nasi Dingin Rumah Hajah Safiah Qari Terengganu......Ikan Baung...
antara lauk yang dimasak ...ikan baung, ikan bakar, tumis kobis,samabl bacang, sayur rebus midin dan labu, kari ayam kampung,sambal bacang, nasi putih, tumis timun, tembikai, limau manis dan air sirap....bertambah tambah makan.....


rojak buah popular di Pekan, Pahang

orang paling lama meniaga rojak buah

makan tengahari di rumah  kakak Rahimi,di Pekan, salah seorang kru syahadah.
Ikan Patin tempoyak, patin goreng, jenaka asam pedas, ulam raja dan sambal belacan..3 kali tambah nasi.....sedap jugak patin goreng...

Murtabak Mengkasar di Pekan Pahang...2 lapis dan besar..tak abis makan..sedap jugak..


makan malam di Kuantan..sebelah kuantan parade dan depan hotel Shahzan Inn
lamb chop dan air traffic light-nenas dan nata de coco

Sunday, April 17, 2011

kek keju oreo



sukan sekolah azim

16 april 2011 - sports  day real kid azim..... real kid bukit subang, greenhill, shah alam dan klang
si stadium panasonic shah alam....




Sunday, April 10, 2011

muffin danish

birthday danish 12 april......muffin  oklat..

azim dan aiskrim  pisang

MASAM MANIS: MACARONS and step by step

MASAM MANIS: MACARONS and step by step: "Assalamualaikum.... Hari ni ita nak tunjukkan bagaimana nak buat macaroons. Rupanyer ramai juga peminat macaroon kat luar sana... walaupun..."