karipap besar
Showing posts with label makan luar. Show all posts
Showing posts with label makan luar. Show all posts
Sunday, February 26, 2012
Tuesday, February 7, 2012
makan makan di william
makan di william corner pj..order kentang goreng untuk azim dan air laici,abah salmon grill dan air asam boi+serai+lemon+longan+pudina+soda,tica mee butter prawn dan mango jus +tembiksi+longan,danish burger daging dan carot susu,irfan meatball carbonara dan saya puding vanilla panna cotta ais krim. semua sekali unclecwilliam kira rm150.00..
Friday, January 20, 2012
Friday, December 30, 2011
Friday, November 11, 2011
mac & cheese 11.11.11
Ari ni sarapan mac chesse guna serbuk cheese dari umi cheeze house...anak-anak suka sangat....
Bawa sikit ke ofis....
Rasanya sama dengan makaroni kenny rogers....sedap sangat..
Bawa sikit ke ofis....
Rasanya sama dengan makaroni kenny rogers....sedap sangat..
Wednesday, November 9, 2011
kuey teow goreng doli
Tengari makan kuey teow goreng doli ttdi....ofismate belikan....reganya rm10.00 banyak udang buang kulit......
Wednesday, October 26, 2011
Wednesday, April 27, 2011
menu istimewa sepanjang shooting doku syahadah 2011
Penggambaran Dokumentari Syahadah Musim ke 7 tahun ini di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Semasa di Kelantan....antara menu istimewa
ini pula..puding raja..memang sedap sangat..tak manis... bawah sekali ada pisang emas ..bahagian tengah tepung dan atas sekali telur kuning, gajus dan buah ceri....memang sedaaaappp.. nasi tumpanng dan puding raja ni adalah hidangan semasa buat temuramah dengan Mufti Kelantan di rumah beliau.
Semasa di Kelantan....antara menu istimewa
ini nasi tumpang.....di Kelantan ada nasi kerabu,nasi dagang, nasi air, nasi kukus, nasi minyak dan lain-lain..... masa festival makanan di Kelantan tahun lepas ada 100 jenis nasi di Kelantan.
Nasi ni dinamakan nasi tumpang kerana ada lauk.-lauk lain menumpang dalam nasi ni..
nasi ni dimasak macam nasi impit dan dimasukkan dalam daun pisang.. nasi ni tahan lama dan pada zaman dahulu nasi ni, dibawa sebagai bekal dalam perjalanan atau bekal untuk nelayan.......
nasi ni..lembut...ada isi ikan atau udang dan serunding..sedap dan memang mengenyangkan
yang ni pula.. hidangan makan tengahari semasa shooting di Kampung Nasi Dingin Rumah Hajah Safiah Qari Terengganu......Ikan Baung...
antara lauk yang dimasak ...ikan baung, ikan bakar, tumis kobis,samabl bacang, sayur rebus midin dan labu, kari ayam kampung,sambal bacang, nasi putih, tumis timun, tembikai, limau manis dan air sirap....bertambah tambah makan.....
rojak buah popular di Pekan, Pahang
orang paling lama meniaga rojak buah
makan tengahari di rumah kakak Rahimi,di Pekan, salah seorang kru syahadah.
Ikan Patin tempoyak, patin goreng, jenaka asam pedas, ulam raja dan sambal belacan..3 kali tambah nasi.....sedap jugak patin goreng...
Murtabak Mengkasar di Pekan Pahang...2 lapis dan besar..tak abis makan..sedap jugak..
makan malam di Kuantan..sebelah kuantan parade dan depan hotel Shahzan Inn
lamb chop dan air traffic light-nenas dan nata de coco
Sunday, April 3, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)






























