Wednesday, April 27, 2011

menu istimewa sepanjang shooting doku syahadah 2011

Penggambaran Dokumentari Syahadah Musim ke 7 tahun ini di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Semasa di Kelantan....antara menu istimewa

ini nasi tumpang.....di Kelantan ada nasi kerabu,nasi dagang, nasi air, nasi kukus, nasi minyak dan lain-lain..... masa festival makanan di Kelantan  tahun lepas ada 100 jenis nasi di Kelantan.   


Nasi ni dinamakan nasi tumpang kerana ada lauk.-lauk lain menumpang dalam nasi ni..
nasi ni dimasak macam nasi impit dan dimasukkan dalam daun pisang..  nasi ni tahan lama dan pada zaman dahulu  nasi ni, dibawa sebagai bekal dalam perjalanan atau bekal untuk nelayan....... 



nasi ni..lembut...ada isi ikan atau udang dan serunding..sedap dan memang mengenyangkan

ini pula..puding raja..memang sedap sangat..tak manis... bawah sekali ada pisang emas ..bahagian tengah tepung dan atas sekali telur kuning, gajus dan buah ceri....memang sedaaaappp.. nasi tumpanng dan puding raja ni adalah hidangan semasa buat temuramah dengan Mufti Kelantan di rumah beliau.

yang ni pula.. hidangan makan tengahari semasa shooting di Kampung Nasi Dingin Rumah Hajah Safiah Qari Terengganu......Ikan Baung...
antara lauk yang dimasak ...ikan baung, ikan bakar, tumis kobis,samabl bacang, sayur rebus midin dan labu, kari ayam kampung,sambal bacang, nasi putih, tumis timun, tembikai, limau manis dan air sirap....bertambah tambah makan.....


rojak buah popular di Pekan, Pahang

orang paling lama meniaga rojak buah

makan tengahari di rumah  kakak Rahimi,di Pekan, salah seorang kru syahadah.
Ikan Patin tempoyak, patin goreng, jenaka asam pedas, ulam raja dan sambal belacan..3 kali tambah nasi.....sedap jugak patin goreng...

Murtabak Mengkasar di Pekan Pahang...2 lapis dan besar..tak abis makan..sedap jugak..


makan malam di Kuantan..sebelah kuantan parade dan depan hotel Shahzan Inn
lamb chop dan air traffic light-nenas dan nata de coco

No comments:

Post a Comment