1.YEE MEE
Bahan-Bahan:
1 bungkus yee mi
1 ekor sotong
3 ekor udang
50 gm isi ayam
Sedikit sawi, cendawan, lobak
1 sudu besar lada sulah
1 biji telur
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih (cincang)
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan 1/4 cawan air)
Garam
Cara Menyediakan:
1. Tumis bawang putih hingga kuning.
2. Tuang dua cawan air.
3. Masukkan lobak merah, cendawan dan sawi.
4. Masukkan lada sulah, garam, minyak bijan, dan sos tiram.
5. Kemudian masukkan udang, sotong dan isi ayam. Biarkan ia masak.
6. Pecahkan telur dan serta-merta matikan api.
7. Tuangkan kuah di atas yee mi yang telah diletakkan dalam claypot.
2. Resepi Masakan - Mee Kari Kapitan
Bahan-Bahan:
3 sudu besar serbuk kari ayam
Santan (1 1/2 biji kelapa)
Air asam jawa
Bahan Kisar:
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm kunyit hidup
10 biji buah keras
8 tangkai cili merah
Bahan Hiris:
4 batang serai
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
1 batang bunga kantan
Bahan Mi:
3 keping kek ikan
1 paket bebola ikan
500 gm isi ayam
6keping fucuk (potong 4)
150 gm isi kerang
Sedikit kacang panjang (hiris)
2 bungkus mi kuning (celur)
100 gm taugeh (celur)
100 gm sawi (celur)
2 keping tauhu (goreng)
3 sudu besar cili kering kisar
3 biji telur (rebus)
Bawang goreng
Daun sup
Daun bawang
Limau nipis
Cara Menyediakan:
1. Gaul bahan kisar kecuali cili kering bersama serbuk kari, bahagi kepada dua bahagian, satu untuk ditumis dan satu lagi perapkan bersama isi ayam.
2. Panaskan periuk dan tumis bahan hiris kecuali bunga kantan hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sebahagian dari rempah kari yang telah dicampur dengan bahan kisar.
4. Masukkan cili kering dan tumis hingga pecah minyak.
5. Masukkan air asam jawa dan bunga kantan.
6. Kacau sebentar dan masukkan isi ayam yang telah diperap dengan separuh bahan kisar tadi.
7. Setelah itu masukkan santan, kek dan bebola ikan, fucuk, kerang dan tauhu.
8. Kemudian bubuh garam, dan biarkan mendidih. Setelah mendidih masukkan kacang panjang.
3. Pasta Spagheti Dengan Asparagus
Bahan-Bahan:
250 gm asparagus
200 gm pasta spageti (rebus)
2 ulas bawang putih (cincang)
1 labu bawang besar (cincang)
100 gm puri tomato
3 biji tomato (cincang)
30 gm daun selasih (cincang)
Garam secukup rasa
Secubit oregano kering
Cara Menyediakan:
1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar.
2. Masukkan tomato, puri tomato, daun selasih dan oregano. Tumis dan kacau rata.
3. Masukkan asparagus dan masak dengan rata.
4. Kemudian masukkan pasta dan gaul rata
4. Mee Rebus
Bahan-bahan:
500gm daging ~ saya potong kiub besar, rebus dan dihiris nipis
500gm keledek/ubi kentang ~ potong dan direbus
2 biji tomato ~ rebus sebiji2 bersama daging
10 ulas bawang putih ~ dikisar
3 biji bawang besar ~ dikisar
1/2 inci halia ~ dikisar
100gm udang kering ~ dikisar
3 sudu makan cili kisar ~ kalau nak pedas tambah lagi
7-8 sudu makan cili sos ~ boleh dikurangkan mengikut citarasa
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak utk menumis.
** Daging, kentang dan tomato, saya rebus sekali. Kemudian kentang dan tomato(buang kulit) tersebut dikisar.
** Daging pula dihiris nipis-nipis
Bahan-bahan lain/sampingan:
Mee kuning ~ celur sekejap dan toskan
Taugeh ~ celur sekejap dan toskan
Hirisan cili api/hijau dan merah
Hirisan daun bawang
Hirisan lemon/limau kasturi/limau nipis
Telur rebus ~ dibelah dua
Tauhu dan bawang goreng ~ saya tak letak sebab tak ada
Cara penyediaan:
Kuah:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar (bwg2,halia&udg kering) hingga wangi.
2. Kemudian masukkan cili, cili sos dan masak hingga garing, gunakan api kecil.
3. Masukkan keledek, tomato yang telah dikisar serta lebihan air rebusan dan masak hingga pekat (tambah air jika perlu) .
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya (biasanya kuah mee rebus agak manis sedikit). Angkat dan hidangkan bersama mee kuning dan bahan2 lain semasa kuah masih panas.
**Saya tidak mencampurkan daging di dalam kuah.
5. Laksa Sarawak
Bahan Untuk Kuah:
2 liter santan (2 biji kelapa)
4 liter air
1/2 kg ayam (potong sederhana besar)
50 gm udang kecil (rendam dan kisar)
10 biji tauhu fuk (tauhu goreng)
Bahan Kisah:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
5 biji buah keras
3 batang serai
10 tangkai cili kering
2 cm belacan
1 sudu kecil
serbuk kayu manis
Bahan Hiasan:
Timun (potong nipis dan memanjang)
Cili merah (hiris)
Bawang besar (hiris)
Sedikit bijan (sangai)
limau kasturi (belah dua)
Kek ikan (celur)
Sedikit hirisan telur dadar
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Kacau hingga terbit minyak.
3. Masukkan air, ayam dan udang.
4. Tuangkan santan, kacau perlahan.
5. Kacau perlahan dan masukkan garam, gula secukup rasa.
6. Masukkan tauhu fuk dan biarkan masak seketika dan angkat.
7. Hidangkan bersama mihun dan bahan hiasan lain.
6. Laksa Nyonya Melaka
Bahan-Bahan A:
200 gm bawang besar
100 gm lengkuas
50 gm kunyit hidup
50 gm belacan
2 batang serai
5 biji buah keras
30 tangkai cili kering
60 gm udang kering
Bahan Lain:
Minyak masak
1/2 kg ayam (potong sederhana besar)
10 ekor udang sederhana besar
1 liter santan
250 ml air
6 keping asam gelugur
3 batang bunga kantan
Gula dan garam secukup rasa
Bahan Hiasan:
Timun (potong nipis dan memanjang)
Cili merah (hiris)
Daun bawang (hiris)
Bawang goreng
Telur rebus
Cara Menyediakan:
1. Kisar semua bahan A dan tumis hingga terbit minyak.
2. Masukkan ayam dan udang. Biarkan seketika.
3. Tuangkan santan dan sedikit air mengikut keperluan. Setelah mendidih masukkan bunga kantan.
4. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.
5. Bolehlah hidangkan dengan pilihan mi ataupun mihun.
7. Spaghetti Goreng
Bahan-bahan A:
200 gm isi ayam, hiris nipis
10 ekor udang
2 sudu makan (bumbung) sos barbeku tradisional
2 sudu makan (bumbung) sos tiram
2 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan oregano
1 sudu makan lada hitam, tumbuk kasar - boleh kurangkan jika tak mahu pedas
Sedikit lada sulah
Bahan-bahan B:
1 labu bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, cincang
1 biji tomato, hiris
1/2 biji lada benggala, hiris
Bahan-bahan C:
200 gm spaghetti, direbus
Cara menyediakannya:
1. Campurkan semua bahan A dan perap (saya perap dalam 4 jam).
2. Panaskan sedikit minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih.
3. Masukkan A, tomato dan sedikit air.
4. Setelah mendidih, masukkan spaghetti dan lada benggala. Gaul rata.
5. Sedia untuk dihidang
8. Mee Rebus Asli
Bahan-bahan A:
Keledek putih 1-2 kilo direbus dan dikisar halus
Udang kering 300 grm
Bawang merah 4 ulas
Bawang putih 3 ulas
4 sudu besar serbuk Ketumbar
2 sudu besar serbuk Jintan Manis
1 sudu kecil serbuk kunyit
Cili blender agak2 dalam 2 senduk
Kulit kayu manis/bunga lawang/cengkih
Gula/garam secukup rasa
Air – agak2..kuahnya kena sedang2 pekatnya
Bahan-bahan B:
Mee kuning dicelur-jgn sampai lembik
Cili hijau dihiris bulat2
Daun bawang & daun sup dihiris utk ditabur
Taugeh dicelur- jgn sampai layu
Bawang goreng - buat sendiri lagi sodap..
Tauhu digoreng dan dihiris nipis
Telur Rebus
Cara-cara memasak kuah:
1. Kisar halus keledek + air.
2. Kisar halus udang kering + B. Merah + B. putih.
3. Tumis kulit kayu manis/cengkih/b.lawang,masukkan udang kering yg dikisar + bawang tadi sampai garing.
4. Masukkan semua serbuk jintan, kunyit & ketumbar sampai garing & wangi.
5. Masukkan cili blender, sampai garing.
6. Masukkan keledek tadi, kacau sampai sebati.
7. Masukkan air.
8. Akhir sekali masukkan gula dan garam secukup rasa .
Cara menghidang:
Ambil mee yg dicelur tadi, masukkan kuah, taburkan daun bawang, cili hijau, bawang goreng, taugeh, tauhu & telur.
9. Kantonis Yee Mee
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus yee mee
Sotong
Udang
Daging
Ayam
Lobak merah
Jagung muda
Sawi
Bunga kubis
Kubis bulat tepung jagung
1 biji telur
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan air, kemudian masukkan sotong, udang, daging, ayam dan sayur
ke dalam air yang didihkan tadi.
2.Setelah mendidih, masukkan sedikit tepung jagung, garam secukup rasa dan telur.
3.Masukkan semua sayur yang telah dipotong kecil. Kacau rata.
4.Kemudian curahkan kuah yang telah masak ke atas yee mee, biarkan ramuan ini sebati.
5.Hiaskan mengikut cita rasa.
10. RINNCHAN'S STYLE WOK NOODLES
Bahan-bahan:
200gm Mee Teow (Boleh guna mee sanggul juga), direndam dgn air panas
12pcs cendawan kering, dibersihkan dan direndam dlm semangkuk air
300gm ayam, dipotong kecil
4 ulas bawang putih, diketuk
5 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tiram
1/2 camca teh lada putih
1/2 camca teh lada hitam
2 camca teh garam
1 sudu besar gula
3 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn
1 mangkuk air
Air secukupnya
2 biji telur
Cara-cara:
Panaskan kuali dan tumis bwg putih dgn sedikit minyak.
Masukkan lada putih dan lada hitam.
Masukkan ayam. Kacau sehingga ayam agak masak.
Masukkan kicap dan sos tiram. Masukkan cendawan bersama-sama air
rendamannya sekali. Kuatkan api dan biarkan kuah menggelegak. Tambahkan air
dan biar sehingga ayam dan cendawan lembut.
Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau hingga agak likat. Masukkan
garam dan gula.
Masukkan mee teow dan kacau rata. Boleh tambah air jika perlu.
Akhir sekali, pecahkan telur tetapi jangan terlalu di kacau. Hidangan siap bila telur sudah mula mengeras sedikit. Hidangkan.
11. MEE KARI
Bahan-bahan
1 kg mee kuning [celur dan toskan]
Taugeh [buangkan kaki/akarnya]
Bawang goreng
Bahan Hiris/potong kecil
Tahu [gorengkan]
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Limau kasturi/limau nipis
Bahan Kuah:
1/2 kg ayam...potong kecil
200 gm udang
1 paket chicken ball
1 paket fish cake [potong nipis]
2 s/b cili mesin
3 s/b rempah kari dibancuh dgn skit air asam jawa
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
minyak
garam
Bahan mesin:
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
Cara Memasak
1. Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan ayam.. fish cake..dan chicken ball dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.
12. STIR-FRIED BEE HOON WITH MUSHROOM
Bahan-Bahan
200 grm Beehoon –direndam hingga lembuk
1 sudu makan Tepung jagung – dicampur dengan air
300 ml Pati ayam
A)
1 ulas Bawang – dihiris
2 ulas Halia muda
2 ulas Bawang putih – ditumbuk
B)
2 sudu makan Sos tiram
1 sudu teh Minyak bijan
1 sudu makan Sos cili
1/2 sudu makan Lada hitam – ditumbuk
C)
100 grm Cendawan oyster
100 grm Cendawan Japanese
100 grm Kailan
1 biji Telur
Cara Cara
• Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan A hingga harum dan masukkan pati ayam.
• Masukkan bahan-bahan B dan biarkan ia mendidih.
• Masukkan serbuk perasa jika perlu.
• Masukkan bahan-bahan C.
• Setelah mendidih, tutup api dan masukkan telur.
13. MEE UDON DAN UDANG TEMPURA
Bahan-Bahan Untuk Sup:
Beberapa hiris Celery
Beberapa hiris Lobak merah
Beberapa keping Cendawan shitake
Sedikit serbuk Ikan
Sedikit serbuk Pes mee so
Kepingan Ikan salmon
½ biji Bawang besar
2 ibu jari Halia - dihiris
Bahan untuk udang tempura
5 ekor Udang - dibuang kulitnya dan dibersihkan
3 hiris Lada banggala merah dan hijau
2 biji Kuning telur- dikocok
7 keping Cendawan shitake
7 keping Hirisan lobak merah
Serbuk lada rogarushi
Tepung tempura
Cara – Cara Untok Sup
• Rebus kesemua bahan selama ½ jam, kemudian keluarkan.
• Air rebusan tadi jangan dibuang, masukkan serbuk ikan dan pes mee so ke dalamnya, dan kacau rata.
Cara – Cara Untuk Udang:
• Bancuh tepung dengan kuning telur hingga sebati.
• Salut kesemua bahan dengan tepung tempura, kemudian celup pada bancuhan tepung dan goreng.
Cara menyediakan MEE UDON:
• Celur mee udon ke dalam air mendidih selama 1 minit.
• Tapis airnya dan masukkan ke dalam mangkok.
• Tuang soup, masukkan hirisan sayur dan tabur serbuk lada rogarushi serta bawang goreng di atasnya.
• Hidangkan bersama udang goreng tempura
14. MEE REBUS
Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - celur
Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua
Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak-agaklah
Cara memasak:
• Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
• Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
• Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.
• Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan
15. MEE LABU
Bahan-Bahan
1/2 biji buah labu-dihiris
2 sudu udang kering
segenggam ikan bilis
1 mangkuk kecil taugeh
2 ulas bawang kecil-dihiris
1 paket kecil mee kuning
sedikit minyak untuk menggoreng
Cara Cara
• Panaskan minyak, goreng ikan bilis.Ketepikan.
• Goreng hirisan bawang, apabila sudah kekuningan, masukkan udang kering, dan goreng beberapa minit.
• Masukkan hirisan buah labu,goreng seketika, kemudian masukkan air.Biarkan hingga mendidih.
• Masukkan mee kuning dan taugeh, biarkan hingga masak, tetapi jangan tutup periuk.
• Ketika menghidang, taburkan ikan bilis diatas mee.
16. MEE HOON NAM PLA
Bahan-bahan
80 g mee hoon (dicelur)
40 g dada ayam
20 g udang kering
20 g tauge
1 biji telur
1 sudu besar sos ikan
Garam secukup rasa
Bahan-bahan tumbuk
3 biji cili padi
1/2 biji bawang besar
Cara membuatnya
• Panaskan minyak masak dan tumiskan udang kering, cili padi, telur, dada ayam dan bawang besar.
• Masukkan mee hoon dan digaul rata. Kemudian masukkan tauge, garam dan sos ikan. Masak selama 5 minit.
17. MEE HAILAM
Bahan-bahan
1 kg mie/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
rencah ayam/udang/sotong
sos tiram
garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)
Cara-cara
• Tumiskan bawang putih dan cili api. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
• Masukkan sos tiram setengah botol kecil. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah.
• Masukkan sayur2 an dan mie
18. MEE GORENG THAI
Bahan - bahan
1 kg Mee Thai Mah (Mee Chendol seakan-akan mee laksa tetapi pendek)
200gm isi ayam dipotong kecil
200gm udang sederhana (buang kulit)
Bahan Kisar
15 biji cili padi (dikisar halus)
4 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 batang lobak dihiris halus
50 sen daun bawang (di potong 2")
30 sen daun kucai
3 kelopak kobis cina (Pek Chye) hiris
15 helai daun selasih
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos ikan thai
garam & serbuk perasa secukupnya
sedikit air jika perlu
sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
• Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing & masukkan isi ayam & udang.
• Setelah setengah masak, masukkan semua sos, garam & serbuk perasa dan kacau rata.
• Masukkan sayur & mee, sedikit air jika perlu dan gaul rata. Hidangkan semasa panas.
19. MEE BANDUNG MUAR
Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
NOTE:
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.
Cara memasak:
• Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
• Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
• Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
• Masukkan sos tiram
• Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
• Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
• Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
• Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
• Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
• Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
• Hidangkan.
20. MEE BANDUNG
Bahan-bahan (untuk 4 orang makan)
Mee / Meehoon
3 biji bawang merah (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong nipis)
RM 2 udang kering
1/2 kilo daging (dikisar halus bersama udang kering)
1/4 botol sos tomato
2 biji tomato
RM1 sayur sawi (dipotong-potong)
1 bekas kecil (bulat) cili giling - yang selalu didapati di pasar malam. Ikut citarasa, jika suka pedas tambah lagi
50 sen daun bawang (dimayang kecil-kecil
2 camb tepung jagung (untuk melikatkan kuah - dibancuh dengan air dahulu agar tidak berketul-ketul)
2 biji limau kasturi
4 biji telur
200g udang
Cara-cara
• Tumiskan bawang putih dan merah Apabila bawang kekuningan masuk cili dan kacau hingga cili masak.
• Masuk daging yang telah dikisar bersama udang kering tadi. Masukkan air secukupnya.
• Apabila daging telah empuk, masukkan udang dan tahuu goreng Masukkan tomato dan telur Masukkan air tepung jagung Kacau sekali sekala.
• Apabila sudah sebati dan masak masukkan sayur sawi Masukkan garam dan gula secukup rasa.
• Bihun/mee tidak dicampurkan sekali kerana cepat meresap kuah. Oleh itu, bihun/mee direbus seketika/dicelur
• Untuk menghidangkan tabur daun kedalam mangkuk berisi kuah bandung Sebelum memakan perah sedikit air limau kasturi kedalam hidangan ini mengurang atau melambatkan rasa mual. Kalau kuat masam boleh perah banyak.
No comments:
Post a Comment